4,000 sertai Kelab TaHa@U

Posted on 22 December, 2011 08:26 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian

SAIFUDDIN menunjukkan isyarat bagus kepada sisipan Varsiti  sambil disaksikan Mohd Noh (kiri) dan Muhd Yusuf (tiga dari kanan) pada Karnival TaHa@U dan Majlis Memperkasakan Zakat di Batu Pahat, semalam. SAIFUDDIN menunjukkan isyarat bagus kepada sisipan Varsiti sambil disaksikan Mohd Noh (kiri) dan Muhd Yusuf (tiga dari kanan) pada Karnival TaHa@U dan Majlis Memperkasakan Zakat di Batu Pahat, semalam.

UTHM galak pelajar Islam miliki akaun bersama Tabung Haji

BATU PAHAT: Seramai 4,000 pelajar Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai Kelab TaHa@U sempena karnival anjuran bersama Tabung Haji dan Berita Harian di kampusnya di sini, semalam.

Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata pihaknya menyasarkan lebih ramai lagi penyertaan pelajar dalam kelab berkenaan sekali gus menepati hasrat universiti menggalakkan pelajar Islam mempunyai akaun bersama Tabung Haji.

“Penyertaan mereka dalam kelab ini bukan saja memberikan kesedaran mengenai kewajipan menunaikan zakat pendapatan di kalangan masyarakat, malah sebagai sistem kehidupan menyeluruh,” katanya ketika berucap pada Karnival TaHa@U dan Majlis Memperkasakan Zakat di sini, semalam.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Mohammad Saimi Mat Som; Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Sahibul Fadhilah Syeikh Ahmad Faisal Mohamad; Pengarah Pusat Islam UTHM, Prof Dr Syed Muhammad Dawilah Al-Edrus dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar.

Sementara itu, Saifuddin berkata, program yang diadakan itu mampu menanamkan semangat suka menabung di kalangan pelajar sekali gus menarik kesedaran mereka untuk menunaikan haji.

“Pelajar harus menanamkan tekad dalam diri mereka untuk belajar menyimpan sejak awal dan program ini secara tidak langsung menggalakkan anak muda untuk mencapai hasrat menunaikan haji pada masa akan datang,” katanya.

Program itu turut mendapat tajaan hamper dari Produk Optima Sdn Bhd, anak syarikat Adabi Consumer Sdn Bhd, selain gerai pameran dan jualan produk halal, kaunter Tabung Haji, Berita Harian dan MAIJ serta persembahan fesyen muslimah dari Zarina Ayu Collections.

Sementara itu, Syed Muhammad Dawilah berkata, pihaknya bersama Tabung Haji kini sedang mendapatkan penaja bagi baki pelajar UTHM untuk membuka akaun bersama Tabung Haji dalam usaha menyasarkan semua pelajar Islam di situ menyertai kelab TaHa.

“Kita sudah mendapatkan tajaan untuk 4,000 pelajar yang menyertai kelab berkenaan baru-baru ini dan mudah-mudahan ada penaja yang sudi menaja baki pelajar yang masih belum menyertai program ini,” katanya.


Inovasi demokrasi penting

Posted on 8 February, 2011 08:43 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian

PRESIDEN Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Saifuddin.
PRESIDEN Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Saifuddin.

PROSES inovasi demokrasi perlu dilakukan bagi memastikan pembabitan rakyat dalam membuat keputusan penting dapat dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, langkah berkenaan sudah mula diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menumpukan kajian terhadap reaksi rakyat dalam isu yang mempunyai kesan secara langsung kepada mereka.

“Inovasi demokrasi ini perlu dilakukan kerana ia adalah realiti politik semasa. Pertentangan politik di negara ini semakin ‘menakutkan’ sehinggakan hampir semua benda dipolitikkan. Perhatian juga wajar diberikan kepada golongan muda yang semakin sinis dan skeptikal terhadap politik.

“Cuma kita masih beruntung kerana golongan ini masih percaya kepada amalan demokrasi, bayangkan jika mereka tidak lagi percaya dengan demokrasi. Saya percaya melalui inovasi demokrasi ini, lebih banyak ruang dapat dibuka kepada rakyat untuk mereka memainkan peranan dalam membuat keputusan,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Forum Perdana, Kelab Mahasiswa Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PESEPSI) ‘Ke Arah Negara Pendapatan Tinggi: Memahami Liberisasi Ekonomi dan Pembukaan Pasaran’, di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Nordin Hussin yang mewakili Naib Canselor, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin; Presiden Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tunku Muhriz dan Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Mengulas mengenai penganjuran forum berkenaan, Saifuddin berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sememangnya menggalakkan institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan lebih banyak program yang mampu mencetuskan idea kreatif di kalangan pelajar dan pemahaman mereka mengenai dasar liberalisasi ekonomi yang dapat melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Pengertian negara berpendapatan tinggi ini adalah pelbagai, namun ia berdasarkan petunjuk utama kemajuan Malaysia dinisbahkan kepada pendapatan perkapita rakyat.


Pusat Sukan IPT lahir atlit hebat

Posted on 5 January, 2011 00:53 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian

SAIFUDDIN (kanan) bermesra bersama pelajar selepas merasmikan Minggu Destini Siswa di Dewan Serbaguna UiTM Pahang cawangan Jengka, semalam.
SAIFUDDIN (kanan) bermesra bersama pelajar selepas merasmikan Minggu Destini Siswa di Dewan Serbaguna UiTM Pahang cawangan Jengka, semalam.

 

BANDAR JENGKA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenal pasti tujuh universiti yang akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan manakala 13 lagi sebagai Pusat Tumpuan Sukan.

Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia adalah sebahagian daripada program pembangunan sukan yang akan dilaksanakan mengikut Dasar Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi melahirkan lebih ramai atlit berjaya.

Beliau berkata, Dasar Sukan IPT yang diperkenalkan sejak setahun lalu memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah dan mempunyai kelayakan akademik serta berpotensi dalam sukan melanjutkan pelajar di universiti.

“Bakat mereka akan digilap terutama dalam bidang sukan yang diminati supaya boleh menjadi atlit berjaya dan mengharumkan nama negara,” katanya selepas merasmikan Minggu Destini Siswa di Dewan Serbaguna Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang cawangan Jengka, di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan 30 peratus atlit negara adalah pelajar IPT, berikutan itu pelbagai prasarana disediakan di universiti berkenaan.

“Sebagai contoh, menerusi Sukan Universiti Asia yang diadakan di Thailand, atlit negara memperoleh 37 pingat emas berbanding enam pingat emas pada sukan sama pada 2006 di Indonesia dan Kuala Lumpur pada 2008,” katanya.

Katanya, ia menunjukkan usaha kementerian memperkenalkan dasar sukan IPT sudah terbukti kejayaannya dan dijangka lebih ramai atlit dapat dilahirkan menjelang 2020.

Mengenai kemudahan pembelajaran untuk atlit, beliau berkata, dasar sukan IPT memberi lebih kelonggaran kepada atlit mengikuti pelajaran malah mereka yang mempunyai kelayakan minimum akan diterima.

Katanya, bagi kemudahan mereka mengikuti kejohanan, KPT menyarankan pengurusan universiti supaya menyediakan jadual anjal, kemudahan asrama mencukupi serta kawasan latihan lebih selesa.

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana anak mereka yang berbakat dan aktif bersukan mempunyai masa depan yang cerah serta memperoleh pendapatan lebih tinggi.


Universiti Malaysia Terengganu juara

Posted on 21 December, 2010 04:37 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian


Universiti Dhaka johan debat OIC

Posted on 21 December, 2010 04:29 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian

GOMBAK: Kumpulan debat Institut Pentadbiran Perniagaan, Universiti Dhaka, Bangladesh muncul juara Pertandingan Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Kumpulan dibarisi Gaushay Shahariar, Ashfaqul Haq dan Md Abir Hasan yang mewakili pembangkang menewaskan kumpulan dari UIAM pada pusingan akhir perdebatan bertajuk ‘OIC Perlu Mempunyai Parlimen Sendiri’.

UIAM diwakili pelajar tahun akhir, Khalidah Nazihah Mohd Abdul Jasmi, Tasneem Elias, Meor Alif Meor Azalan dan Zamir Hamdu Hamdan. Dengan kemenangan itu, kumpulan Universiti Dhaka membawa pulang wang tunai AS$2,000 (RM6,273), piala pusingan serta sijil manakala naib juara menerima AS$1,000 (RM3,136), piala dan sijil.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kepada semua pemenang. Turut hadir Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr Syed Arabi Idid dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Pertandingan Debat Antara Universiti OIC disertai 25 universiti dari 13 negara dikendalikan mengikut format Parlimen Asia di mana pasukan bertanding berhujah mewakili kerajaan dan pembangkang.

Pada pertandingan itu, Malaysia turut diwakili peserta dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kolej Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (UCTI). Ia turut disertai wakil dari Azerbaijan, Brunei, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Pakistan, Qatar, Sudan, Uganda, Libya dan Iraq.


Swasta disaran anjur program bersama IPT

Posted on 9 December, 2010 04:44 by Saifuddin Abdullah in Berita Harian