"30 Hari Pertama" menemukan YB Dato’ Saifuddin Abdullah dengan lebih 3200 orang pelajar melalui pendekatan ‘turun padang’ dan dialog terbuka dengan mahasiswa. Sebanyak 8 buah IPTA, 4 buah IPTS, 3 buah Politeknik dan 2 buah Kolej Komuniti terlibat dalam misi 30 hari pertama ini. Rata-rata mahasiswa menyuarakan kebimbangan mereka tentang isu graduan menganggur, kebajikan mahasiswa, politik kampus, senario politik negara dan isu pembiayaan pendidikan.
