Saya bersetuju untuk diadakan debat terbuka bagi membincangkan isu perpaduan umat Melayu hari ini. Saya percaya UMNO sentiasa bersedia untuk berhujah dengan kewarasan dan intelektual berdepan PAS demi kepentingan nasional.
Bezanya PAS menggunakan debat sebagai taktik politik basi tetapi UMNO menggunakan debat sebagai wahana kematangan demokrasi. Melalui debat, sesuatu idea dan dasar akan dikritik dan perlu dipertahankan. Percayalah PAS tidak ada modal lain selain menuduh UMNO sebagai kafir serta terbaru menyamakannya dengan komunis pula.
Rakyat sudah arif menilai dan ini masanya UMNO menggunakan ruang untuk menunjukkan tembelang PAS. Kalau pun istilah debat itu tidak gemar dipakai, kita boleh gunakan istilah forum. Lagipun, perkara ini bukan sesuatu yang baru kerana Tun Mahathir pernah ber"forum" dengan allahyarham Fadzil Noor di Dewan Bahasa Pustaka.
