Pengumuman kabinet telah selesai semalam dengan beberapa perubahan telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak. Beberapa muka baru telah mewarnai kabinet Malaysia dengan beberapa kementerian telah disusun semula. Dato Saifuddin Abdullah antara timbalan menteri yang kekal dalam kabinet dengan perubahan portfolio dari Kementerian Pembangunan Usahawan ke Kementerian Pengajian Tinggi.
Perlantikan ini disifatkan oleh ramai pihak sebagai amat tepat dengan pengalaman beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama hampir 10 tahun. Beliau juga seorang yang amat mencinta dunia pendidikan. Di Kementerian sebelum ini, beliau telah diamanahkan untuk tugasan latihan dan pendidikan terutamanya di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Apabila ditanya tentang jawatan baru, Saifuddin menjawab "cabaran mengangkat dunia pendidikan tinggi ke peringkat antarabangsa adalah misi utamanya. Saya akan bersama Menteri untuk realisasikannya."