| Latar belakang peribadi dan keluarga Dato' Saifuddin Abdullah | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban. Beliau adalah bekas ahli perniagaan. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.
|
||||||||||||||
| Gagasan Patriotisme Alaf Baru | ||||||||||||||
| Dato’ Saifuddin mencetuskan gagasan “Patriotisme Alaf Baru’ pada tahun 1999 yang kemudiannya menjadi salah sebuah kertas kerja utama di Kongres Patriotisme Negara (2002) di mana idea Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilahirkan. | ||||||||||||||
| Penerbitan buku/monograf | ||||||||||||||
| Dato’ Saifuddin telah menghasilkan lima buah buku dan monograf: | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
| Kolumnis dan kertas kerja | ||||||||||||||
| Dato’ Saifuddin merupakan kolumnis Utusan Malaysia melalui ruangan "Sudut Ketiga". Artikel pertama beliau telah diterbitkan pada 1 Julai 2009. Beliau juga pernah menjadi Kolumnis akhbar Berita Harian, iaitu ruangan “Perspektif” setiap Sabtu. Pernah juga menjadi Kolumnis Nanyang Siang Pau. Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya di pelbagai seminar dalam dan luar negara. | ||||||||||||||
| Sukan | ||||||||||||||
| Dato’ Saifuddin juga pernah aktif dalam sukan. Antara penglibatannya ialah: | ||||||||||||||
|
||||||||||||||
| Pemidato | ||||||||||||||
| Dato’ Saifuddin merupakan seorang pencinta dunia debat. Beliau merupakan penaung kepada Alumni Debat IPT Malaysia (ADI). Beliau Johan dan Pemidato Terbaik Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri (1980). Beliau juga pengasas Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Di-Raja dan Kelab Debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. | ||||||||||||||
