Pengalaman

Pengalaman dalam Majlis Perbandaran Temerloh (September 2007 - Mac 2008)

 
 

Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, walaupun hanya berkhidmat selama setengah tahun, Dato’ Saifuddin amat aktif dan telah mencadangkan beberapa pembaharuan strategik. Antaranya ialah

  
Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Masyarakat untuk melibatkan rakyat tempatan dalam proses membuat keputusan.
  
Menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan yang berasaskan teknologi maklumat (IT), khususnya e-perolehan (e-procurement) dan e-bidaan (e-bidding), yang dapat menjimatkan kos.
  
Menjalankan Kempen Bandar Selamat secara sepadu bagi membanteras jenayah.
  
Meningkatkan produktiviti pelancongan daerah Temerloh dengan mengoptimumkan keistimewaannya sebagai Bandar Ikan Patin.
 
Pengalaman kerja belia dan kemasyarakatan

Di samping politik, beliau mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin belia dan kemasyarakatan. Antara jawatan/peranan yang pernah diamanahkan kepadanya ialah:
   
  
Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC)
  
Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II)
  
Ahli, Majlis Perundingan Belia Negara
  
Pemegang Amanah, Yayasan Salam
  
Ahli Jawatankuasa Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
  
Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara
  
Ahli Jawatankuasa Kurikulum, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  
Ahli, Majlis Perundingan Akta Pendidikan
  
Timbalan Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  
Pengasas/Presiden, Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN)
  
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
  
Ketua Murid, Kolej Melayu Kuala Kangsar
 
Pengalaman antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, beliau pernah diamanahkan sebagai:
   
  
Ahli Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pekerjaan Bagi Belia
  
Timbalan Bendahari, Majlis Antarabangsa Mengenai Dasar Belia Negara
  
Wakil NGO Asia Pasifik berucap di Persidangan Pertama Menteri-Menteri Belia Sedunia, anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lisbon, Portugal (1998)
  
Consultant, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia Pasifik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ESCAP)
  
Setiausaha, Barisan Bertindak Bosnia
 
Pengalaman penggubalan dasar

Sebelum menjadi ahli politik, Dato’ Saifuddin mempunyai pengalaman menggubal beberapa buah dasar negara/negeri, seperti:
   
  
Ahli Panel Teknikal, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
  
Penderaf, Dasar Pembangunan Belia Negara
  
Penderaf Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2001-2010.
  
Penulis Memorandum Akademi Belia untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)
  
Penulis/Pembentang Memorandum Majlis Belia Malaysia di Dialog Belanjawan (2000-03)
  
Penulis Memorandum Majlis Belia Malaysia ke Majlis Perundingan Ekonomi Kedua (MAPEN 2)
  
Penulis Input Majlis Belia Malaysia untuk Pelan Induk K-Ekonomi Negara.