Top

Twitter

10-05-2009 10:20

Guna Bahasa Mahasiswa Untuk Fahami Mahasiswa

Strategi yang saya gunakan sepanjang 30 hari pertama sebagai timbalan menteri pengajian tinggi adalah belajar dan guna bahasa mahasiswa. Dato Saifuddin Abdullah berkata demikian sewaktu turun padang ke Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak melalui program 3-M yang menutup misi 30 hari pertama beliau untuk bertemu mahasiswa.

Beliau menegaskan pendekatan turun padang adalah cara yang berkesan untuk mendekati mahasiswa tetapi untuk memahami mereka, para pemimpin dan pegawai perlu gunakan bahasa mereka. Kita tidak semestinya menjadi orang muda untuk bercakap bahasa ini. Kita perlu betul-betul memahami tuntutan asas mereka iaitu mahasiswa mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf dan isunya ditangani dengan orientasi mereka.

Mahasiswa mahu kita bercakap dalam bahasa yang boleh menggamit imaginasi mereka. Keadaan gaya hidup mahasiswa kini sudah jauh berubah dengan mahasiswa dahulu. Maklumat disebar melalui sms, emel dan yang terkini facebook. Medium-medium ini perlu dikuasai oleh kerajaan sekiranya kita serius menarik minat golongan muda. Program 3-M telah menemukan beliau dengan lebih 3200 orang mahasiswa, 8 IPTA, 4 IPTS, 3 Politeknik dan 2 buah pelajar kolej komuniti. Rata-rata antara isu-isu utama dibincangkan oleh mahasiswa menyentuh soal kebajikan mereka, peluang pekerjaan, politik kampus malahan politik negara. Beliau berkata program 3-M akan diteruskan selepas 30 hari ini malah akan diperluas ke semua IPT Malaysia.

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in