Top
Top

Twitter

Forum

Recent Posts:
17-12-2009 06:25

Lahir lebih ramai usahawan IPTA

Lahir lebih ramai usahawan IPTA

SEPANG 16 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensasarkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menceburi bidang keusahawanan bermula tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, usaha tersebut sejajar dengan langkah KPT mewujudkan Unit Keusahawanan dan menjalin kerjasama dengan Pusat Pembelajaran Keusahawanan Universiti Cambridge.

''Setakat ini bukan hanya jumlah graduan universiti awam mula berniaga semasa belajar sangat kecil tetapi jumlah selepas keluar jadi usahawan adalah sekitar 2.4 peratus sahaja.

''Melalui kedua-dua usaha itu, kita mahu mencapai sekurang-kurangnya sekali ganda daripada jumlah yang sedia ada," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pusat Pembelajaran Keusahawanan Universiti Cambridge, Dr. Shailendra Vyakarnam di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Zainal Mohamed.

Saifuddin berkata, kedua-dua usaha itu adalah untuk memperkasakan program keusahawanan yang sedia ada di semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya universiti awam.

Kata beliau, matlamat akhirnya adalah untuk menambah bilangan graduan yang berminat memulakan perniagaan semasa belajar dan mereka yang menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian.

"Saya melihat jalinan kerjasama dengan Pusat Pembelajaran Keusahawanan Universiti Cambridge ini penting bagi menimba pengalaman bukan hanya memperkasakan unit keusahawanan kita tetapi program keusahawanan sedia ada," katanya.

Facebook

SARP TV

Buku

Lain-Lain

Sign in