Top
Top

Twitter

Forum

Recent Posts:
21-12-2010 04:29

Universiti Dhaka johan debat OIC

GOMBAK: Kumpulan debat Institut Pentadbiran Perniagaan, Universiti Dhaka, Bangladesh muncul juara Pertandingan Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Kumpulan dibarisi Gaushay Shahariar, Ashfaqul Haq dan Md Abir Hasan yang mewakili pembangkang menewaskan kumpulan dari UIAM pada pusingan akhir perdebatan bertajuk ‘OIC Perlu Mempunyai Parlimen Sendiri’.

UIAM diwakili pelajar tahun akhir, Khalidah Nazihah Mohd Abdul Jasmi, Tasneem Elias, Meor Alif Meor Azalan dan Zamir Hamdu Hamdan. Dengan kemenangan itu, kumpulan Universiti Dhaka membawa pulang wang tunai AS$2,000 (RM6,273), piala pusingan serta sijil manakala naib juara menerima AS$1,000 (RM3,136), piala dan sijil.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kepada semua pemenang. Turut hadir Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr Syed Arabi Idid dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Pertandingan Debat Antara Universiti OIC disertai 25 universiti dari 13 negara dikendalikan mengikut format Parlimen Asia di mana pasukan bertanding berhujah mewakili kerajaan dan pembangkang.

Pada pertandingan itu, Malaysia turut diwakili peserta dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kolej Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik (UCTI). Ia turut disertai wakil dari Azerbaijan, Brunei, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Pakistan, Qatar, Sudan, Uganda, Libya dan Iraq.

Facebook

SARP TV

Buku

Lain-Lain

Sign in