Top
Top

Twitter

Forum

Recent Posts:
09-03-2011 15:05

Skim Rumah Pertamaku bukti kerajaan dengar suara orang muda

Kita perlu mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah atas pengumuman Skim Rumah Pertamaku untuk orang muda oleh PM Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semalam.

Skim ini adalah salah satu cadangan oleh Makmal Pemuda BN. Ini bukanlah cadangan pertama daripada orang muda yang diterimapakai oleh kerajaan. Sebelum ini, telah terdapat sejumlah cadangan yang disuarakan oleh orang muda, termasuk mahasiswa, telah diterimapakai.

Hakikat ia diterimapakai membuktikan bahawa kerajaan mendengar suara orang muda, mengiktiraf peranannya dan menangani isu-isunya dengan cara yang berorientasi orang muda.

Justeru, saya menyeru orang muda, termasuk mahasiswa, supaya terus bersuara dan berperanan dengan bijaksana demi membantu kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi mereka dengan cara yang memenuhi imaginasi mereka.

Facebook

SARP TV

Buku

Lain-Lain

Sign in