Top

Twitter

26-04-2011 18:11

Usah salahkan pengundi jika tidak pilih BN

TEMERLOH – Ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya menyalahkan pengundi yang tidak mengundi BN dengan melabel mereka sebagai penyokong pembangkang dan golongan yang tidak tahu berterima kasih.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai pemain demokrasi, ahli BN perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai.

“Sebagai ahli BN, saya percaya kita telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira kaum dalam setiap pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

“Perdana Menteri sendiri telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam menawan hati rakyat semua kaum. Saya optimis sekiranya BN konsisten dengan usaha-usaha kita sekarang, BN akan memenangi semula hati rakyat semua kaum.

“Tetapi jika kita memilih untuk menyalahkan mereka bagaimana kita hendak berhadapan dengannya dalam pilihan raya akan datang?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh kali kelima, mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan mesyuarat Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB), di sini.

Menurutnya, ahli BN perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti itu.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, jika ahli-ahli BN terus menyalahkan pengundi bagaimana apabila pilihan raya akan datang mereka terus menempelak BN, bagaimana jika kali ini mereka memilih pembangkang hanya kerana protes sahaja.

“Hanya cara protes pengundi, tetapi dek kerana cara negatif kita itu, maka mereka terus menerus pilih pembangkang kerana tindak tanduk kita menuduh mereka.

“Cara untuk atasi ialah jika pengundi pembangkang, kita perlu muhasabah diri cari kesilapan kita dan baikinya,” katanya.

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in