Top

Twitter

22-08-2011 08:13

Sikit NC guna laman sosial

TEMERLOH - Hanyra 23.2 peratus daripada naib canselor dan pengarah kolej di negara ini guna Facebook dan Twiter berbanding lebih 90 peratus penuntut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, angka itu berdasarkan kajiannya baru-baru ini membabitkan 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan 30 politeknik serta 78 kolej komuniti (50 induk dan 28 cawangan) di seluruh negara.

“Saya harap penggunaan media baru dalam kalangan naib canselor dan pengarah itu dapat ditingkatkan dalam usaha mendekatkan mereka dengan penuntut dan golongan muda,” katanya.

Saifuddin berkata, penggunaan media baru penting kerana orang muda kini bekerja dan menggunakan Facebook dan Twiter dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas penyerahan bantuan khas Ahli Parlimen Temerloh dan majlis berbuka puasa bersama 90 pemimpin belia Parlimen Temerloh, semalam.

Menurutnya, menteri dan timbalan menteri aktif menggunakan media baru dan perkara sama dapat dipertingkatkan dalam kalangan naib canselor dan pengarah kolej.

Saifuddin berkata, Perdana Menteri menggunakan media baru dan hal itu berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia dan akhirnya berjaya mengatasi pelbagai masalah mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, penggunaan media baru penting kerana bukan sahaja sebagai alat komunikasi, alat mengukuhkan perhubungan malah ia tempat berkongsi maklumat.

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in