Top

Twitter

08-09-2011 06:34

Cadangan Pas hina pakar sejarah

SHAH ALAM - Gesaan Pas supaya sebuah jawatankuasa Kabinet ditubuhkan bagi membincangkan penulisan semula sejarah kemerdekaan dilihat sebagai penghinaan kepada pakar sejarah negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah: (gambar) :berkata, gesaan dibuat Pas itu menggambarkan seolah-olah pakar sejarah kita buta sejarah.

“Perlu diingat, sejarah terdiri daripada dua perkara iaitu fakta dan tafsiran. Fakta mesti berasaskan sumber yang sah, terutamanya sumber primary (utama).

“Tafsiran pula dibuat berdasarkan kecenderungan tertentu, jauh sekali dari sudut politik,” katanya kepada :Sinar Harian, :semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, pakar sejarah tempatan telah melakukan yang terbaik dalam penulisan sejarah Malaysia termasuk dari segi penyelidikan dan sumber yang sahih.

“Saya melihat pakar kita telah melakukan dua sumbangan dalam hal ini. Pertama, menulis sejarah Malaysia yang berpusatkan Malaysia iaitu mengubah daripada sejarah yang dulunya ditulis secara berpusatkan British dan kedua, menghasilkan sejarah dalam bidag sosial, iaitu lebih luas daripada semata-semata sejarah dalam bidang politik.

“Saya tidak menolak keperluan untuk kita sentiasa menilai penulisan sejarah. Ini memang sentiasa dilakukan oleh pakar sejarah kita sama ada dalam penyelidikan, penerbitan mereka dan juga dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi, tetapi ia dibuat dengan cara yang benar, iaitu atas matlamat dan kaedah akademik, bukannya politik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin turut membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menolak undangan berdebat mengenai isu siapa sebenarnya pejuang dalam sejarah Malaysia dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan sebaliknya mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat mengenai isu berkenaan sebagai helah beliau menutup kelemahannya.

“Apabila Mat Sabu menyerahkan kepada Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan untuk berdebat de-ngan Khairy, ia jelas membuktikan Timbalan Presiden Pas itu ingin lari daripada tanggungjawab mempertahankan pendiriannya.:

“Dia yang menimbulkan isu itu kenapa pula minta orang lain menjawab bagi pihaknya,” katanya.

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in