Top

Twitter

02-01-2014 06:18

Analisis Awani: 2013 menyaksikan kematangan rakyat

KUALA LUMPUR: Tahun 2013 secara keseluruhannya boleh dilihat sebagai ujian kepada dunia politik Malaysia manakala tahun 2014 pula dianggap sebagai tahun penyembuhan (The Healing Year) untuk negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah dalam temubual dalam program Analisis AWANI berkata, dimensi 2013 boleh dijadikan iktibar buat ketibaan tahun baru ini.

“Tahun 2013 membuktikan yang rakyat semakin berani bersuara dan kesedaran demokrasi di kalangan kita juga meningkat” ujarnya.

Saifuddin mengambil contoh pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) yang berlaku pada tahun ini menyaksikan ramai rakyat Malaysia yang sedar dan turun mengundi.

“Dalam PRU13 ramai yang bersedia bersuara dan rakyat semakin pandai menilai. Tidak lagi berselindung siapa yang mereka sokong dan siapa tidak”.

Saifuddin turut menyentuh mengenai realiti 2013 di mana rakyat semakin terpelajar, munculnya kelompok urban serta pemahaman politik membuak naik.

“Pemimpin politik kedua-dua pihak perlu melihat peningkatan pemikiran politik di kalangan rakyat dan bukti negara maju bukan hanya diukur dengan pendapatan yang tinggi, tetapi juga dengan pemahaman politik yang lebih bijak”

Ikuti temubual menarik ini di Analisis AWANI  bersama Dzulkifli Yusop dan tetamu Datuk Saifuddin Abdullah.

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in