Top

Twitter

16-05-2018 17:36

Bangunkan Indera Mahkota

KUANTAN - Semua wakil rakyat dan pemimpin politik di Parlimen Indera Mahkota dipelawa menganggotai Majlis Perundingan Indera Mahkota.

Majlis yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengalu-alukan penyertaan jabatan kerajaan untuk merealisasikan fungsinya sebagai Parlimen rakyat untuk mengumpul ‘pemain terbaik’ bagi merancang dan membangunkan kawasan itu.

Saifuddin berkata, majlis tersebut akan dianggotai empat kumpulan sasar termasuk wakil parti politik, jabatan kerajaan berkaitan, wakil pihak swasta termasuk peniaga, persatuan dan koperasi, NGO dan penduduk.

“Kita pelawa juga Adun Pas Dun Beserah, Andansura Rabu yang dipilih rakyat mewakili Beserah. Kita akan jumpa mereka selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis kesyukuran dan Jamuan Rakyat Parlimen Indera Mahkota di Chengal Lempong di sini

Majlis yang dihadiri 500 tetamu itu turut dimeriahkan dengan kehadiran, Pengerusi PKR Pahang, Fauzi Abdul Rahman; Adun Teruntum, Sim Chong Siang dan calon Amanah Dun Beserah, Zulkifli Mohamad.

Saifuddin berkata, penubuhan Majlis Perundingan Indera Mahkota menjadi agenda utama seperti yang dijanjikan dalam manifesto #IM Harapan pada PRU14 lalu.

Selaian itu, Saifuddin memberitahu akan mewujudkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang efektif termasuk menetapkan Jumaat setiap minggu sebagai hari Bertemu Penduduk Mingguan.

“Buat masa sekarang pusat ini akan beroperasi di Bilik Gerakan Utama Parlimen Indera Mahkota di Chengal Lempong ini.

“Bagaimanapun, kita dalam proses cari pejabat yang lebih baik dan strategik bagi mudahkan penduduk datang tanpa perlukan sebarang temu janji.

“Pada masa sama, kita turut menggunakan kemudahan WhatsApp melalui talian 011-22558282 bagi memudahkan orang ramai,” katanya.

Mengulas kemenangan Pakatan Harapan, Saifuddin berkata, itu merupakan kemenangan rakyat yang bosan dengan Umno dan BN.

“Ini satu sejarah dan menggambarkan proses  demokrasi negara yang semakin matang.

“Sebelum ini ada yang sebut berlaku tsunami Melayu dan Cina sebaliknya yang berlaku adalah tsunami rakyat” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/bangunkan-indera-mahkota-1.834941

Facebook

Buku

On Lead

Lain-Lain

Sign in